Posts

Showing posts from April, 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE -23 SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 12 ( F)

Kami sihat dan kuat!!       Sukan sekolah merupakan salah satu aktiviti yang akan dilaksanakan oleh setiap sekolah pada setiap tahun. Tidak terkecualu juga SK PALONG 12 ( F).  Sekolah Kebangsaan Palong 12 ( F) telah mengadakan KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE - 23 yang telah berlangsung pada 27 April 2017 bertempat di Padang SK PALONG 12 ( F).  

PROGRAM KEMBARA PENGAKAP, PENGAKAP DAERAH JEMPOL 2017

Image
Sekali Berpengakap,  Selamanya Berpengakap!!       Pek, pek,  pekkkk.  Pekkk.  Akela!!  Kami Buat Habis Baik!!. Itulah antara laungan keramat yang akan dilontarkan oleh setiap budak Pengakap Kanak-Kanak sebelum membuat aktiviti.  Laung Agung adalah satu aktiviti permulaan sebelum aktiviti lain diadakan agar segala maklumat sepanjang hari tersebut dapat dijalankan dengan baik.        Pada 31 Mac 2017, seramai 150 orang budak-budak Pengakap Daerah Jempol yang terdiri dari Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda telah menjalani satu aktiviti Pengakap iaitu Program Ujian Kembara Pengakap, Pengakap Daerah Jempol.  Budak-budak Pengakap dari Kumpulan Ke-56, Sekolah Kebangsaan Palong 12 ( F)  seramai 4 orang telah menjalani aktiviti tersebut.  Pelaksanaan aktiviti ini adalah satu skim lencana yang perlu diselesaikan oleh setiap budak Pengakap. Berikut senarai nama budak-budak Pengakap Sekolah Kebangsaan Palong...

PERTANDINGAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Image
Membaca Amalan Mulia dan Terpuji       Pada 4 -  6 April yang lepas,  Sekolah Kebangsaan Palong 12 ( F)  telah melaksanakan Program Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Malaysia.  Pelaksanaaan  ini adalah menurut ketetapan dan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dan dilaksakan di seluruh negara.  Pelbagai acara yang dilaksanakan di dalam program ini iaitu: 1. Membaca secara senyap selama 33 minit 37 saat. 2. Membuat penanda buku Bagi Tahap 2. 3. Pertandingan mewarna Tahap 1 4. Pertandingan silang kata Bahasa Inggeris Tahap 1. 5. Pertandingan bercerita Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Tahap 1 dan 2.     Berikut merupakan gambar gambar pemenang bagi pertandingan tersebut: Para pemenang yang memenangi pertandingan yang dianjurkan. 

KENALI KAMI

Image
Cendiakawan Bermula Dari Sini!!       Pada tahun 1978, sebuah penempatan Felda telah diwujudkan di di dalam Negeri Sembilan.  Penenempatan ini adalah dinamakan Felda Palong 12 ( F ).  Bagi membentuk generasi yang berilmu dan berkemahiran tinggi,  maka sebuah sekolah telah dibina.  Sekolah tersebut di beri nama SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 12 ( F).        Pada permulaan sesi persekolahan, ia telah dibekalkan dengan 4 buah bangunan yang menempatkan bilik darjah dan pejabat pentadbiran serta 1 bangunn kantin.  Jumlah murid pada masa itu adalah seramai 200 orang dengan dianggotai oleh seramai 20 orang guru. Sesi persekolahan terus menerus dijalankan dan di hiasi dengan kejayaan murid murid di dalam akademik dan kokurikulum.  Pada tahun 2017, SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 12 ( F)  telah banyak menempa kejayaan dengan dibantu oleh guru-guru yang bersemangat dan berkaliber. Logo Sekolah Kebangsaan Palong 12 ( ...