Sekali Berpengakap, Selamanya Berpengakap!! Pek, pek, pekkkk. Pekkk. Akela!! Kami Buat Habis Baik!!. Itulah antara laungan keramat yang akan dilontarkan oleh setiap budak Pengakap Kanak-Kanak sebelum membuat aktiviti. Laung Agung adalah satu aktiviti permulaan sebelum aktiviti lain diadakan agar segala maklumat sepanjang hari tersebut dapat dijalankan dengan baik. Pada 31 Mac 2017, seramai 150 orang budak-budak Pengakap Daerah Jempol yang terdiri dari Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda telah menjalani satu aktiviti Pengakap iaitu Program Ujian Kembara Pengakap, Pengakap Daerah Jempol. Budak-budak Pengakap dari Kumpulan Ke-56, Sekolah Kebangsaan Palong 12 ( F) seramai 4 orang telah menjalani aktiviti tersebut. Pelaksanaan aktiviti ini adalah satu skim lencana yang perlu diselesaikan oleh setiap budak Pengakap. Berikut senarai nama budak-budak Pengakap Sekolah Kebangsaan Palong...